tahun baru 2016

Akhirnya, kita dah pun menjejakkan kaki ke tahun 2016. Tahun baru, dengan azam baru pastinya. Nak setkan azam, matlamat memang senang. Tapi nak merealisasikannya memang perlukan pengorbanan dan usaha yang bukan sedikit.

Sempena tahun baru ni, saya memang happy sesangat. Sebab dah dapat 2 hadiah besar. Saya anggap hadiah tahun baru. Boleh? Nak tahu apa hadiahnya?

Beli rumah kedua

Penantian kami akhirnya terbalas. Rumah yang saya tinggal sekarang ialah rumah teres 1 tingkat bersaiz 22′ x 75′, lot tepi takde tanah. Tapi, yang best pasal rumah ni, kami beli dengan harga yang murah. Tak sampai 60 ribu. Rumah lelong sebenarnya. Tepi & belakang rumah ada tanah lapang. Memang selesa nak parking, nak bercucuk tanam. Malangnya saya malas berkebun. Huk3….

Sebelah rumah saya, ialah rumah teres bersaiz 24′ x 75′,  kosong & terbiar. Tuan rumah tu tak tinggal di situ. Dah lama kami cari owner untuk tanya kot-kot dia nak jual. Tapi hampa. Sampai lah semalam, ada agen tuan rumah tu call suami saya, maklumkan bahawa tuan rumah tu sudi nak jual rumah tu pada kami dengan harga RM100k. Alhamdulillah… below market price. Nilaian harga rumah tu RM170k sebab rumah tu dah rosak. Kalau rumah yang ok, nilaian bank lebih RM200k. Kalau kami tak nak beli, tuan rumah tu akan bukak offer pada orang lain dengan harga RM120k. Masya Allah… rezeki kami rupanya.

Gembira dengan berita ni. Perancangan kewangan kena lebih mantap. Banyak perbelanjaan yang perlu dikurangkan. In Sha Allah, kami akan repair dan sewakan rumah ni.

Trip Percutian

Ya, saya tahu dengan keadaan ekonomi sekarang memang lah amat tak sesuai nak travel, lagi2 ke luar negara. Memandangkan tiket dah di beli dari tahun lepas lagi, jadi saya proceed. Harga tiket kebetulan murah waktu tu, jadi saya beli dengan kawan-kawan. Trip kengkawan sebenarnya. Tinggal anak-anak suruh encik suami jaga…hi3.

Mula-mula kami ingatkan dah burn tiket tu, sebab masalah teknikal berkaitan cuti. Namun, perancangan Allah melangkaui perancangan manusia. Tak sangka, dengan mudah sekali kami mendapat pelepasan untuk ke sana nanti. Subhanallah… semoga bos saya di beri kesihatan, umur yang panjang, di murahkan rezeki, dan dipermudahkan segala urusan beliau di dunia dan akhirat. Terima kasih pada beliau sebab memudahkan urusan saya dan rakan-rakan. Allah pasti akan memudahkan hidup beliau.

Buat sementara ni, saya tidak akan berkongsi dahulu destinasi percutian ini atas sebab-sebab tertentu. Bila sampai masanya, saya akan kongsikan. Ada 9 bulan lagi. Doakan agar semuanya berjalan lancar ye 😉 But again, tabung vacation kena jadi double or triple. Ok, lepas ni memang no shopping for me. Hanya yang perlu sahaja. Kena berjimat.

Untuk anda juga, semoga tahun baru ini membawa 1000 kebaikan dan kegembiraan. Jumpa lagi!

Kongsikan kegembiraan tahun baru anda ye.

Share this:
0
Selamat Datang 2016!
Tagged on:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Blog ini bermanfaat? Kongsikan!