idea hadiah untuk anak
                                         Gambar: christmas.365greetings.com

Along, anak saya yang pertama akan genap 9 tahun pada 28 Januari nanti. Jadi, selain daripada menyediakan kek untuknya, jenuh saya perah otak, memikirkan apa yang saya boleh berikannya sebagai hadiah. Kalau boleh saya tak nak bagi mainan. Dah terlalu banyak sangat mainan dalam rumah ni. Sampai kadang-kadang tu jenuh nak kemas.

Jadi, idea-idea yang saya senaraikan ni mungkin akan menjadi salah satu hadiah birthday along nanti. Anda juga boleh membaca tips untuk memberi hadiah jika bajet terhad. Maklum la, kadang-kadang kita ni dah ketandusan idea nak bagi apa. Nak-nak pulak anak lelaki. Jenuh nak fikir. Kalau mainan memang banyak la. Tapi asyik bagi mainan pun tak best jugak kan.

Kelas-kelas kemahiran

Dengan peningkatan usia along, memang saya perlu mempertimbangkan untuk menghantar dia menghadiri kelas kemahiran yang penting. Seperti kelas belajar memanah, melukis, berenang dan lain-lain kelas yang dia suka. Selain itu, kelas untuk public speaking, kelas Tarannum,  atau untuk  improve Bahasa Inggeris juga boleh disenaraikan.

Langgan majalah

Bagi saya ini idea yang agak menarik. Melanggan majalah yang bersesuaian dengan peringkat umur mereka, bukan sahaja dapat meningkatkan pengetahuan,  malahan dapat menggalakkan mereka agar lebih rajin membaca. Cari majalah yang dapat memberi input yang baik untuk tujuan pembelajaran.

Lakukan aktiviti menarik

Anak-anak memang sangat suka jika kita ajak mereka untuk melakukan aktiviti-aktiviti yang menarik bersama di luar. Waktu ini dapat kita manfaatkan sepenuhnya untuk menambahkan kemesraan dengan anak-anak. Aktiviti seperti berkelah, BBQ, main layang-layang di taman, berkhemah, membuat kraftangan dan sebagainya sangat bermakna buat mereka.

Barang-barang membuat kraft

Anak saya memang sangat suka membuat kraftangan. Terutama dari kotak. Seingat saya, sejak dia tadika lagi, macam-macam yang dia buat menggunakan kotak, termasuk la costume transformers… hi3… Mungkin saya boleh menghadiahkan dia barang-barang untuk membuat kraftangan. Jadi, selepas ini along mesti tak sabar-sabar nak buat kraftangan yang lebih cantik.

Kupon makan di restoran

Mungkin anda boleh beri anak anda lampu hijau untuk memilih makan di mana-mana restoran yang dia suka. Tetapkan berapa bajet anda, dan beri dia pilihan. Biar dia pesan makanan yang ingin di cuba. Atau pun mintak dia ajak siapa yang dia nak makan bersama di restoran tersebut. Mungkin dia nak ajak kawan baik atau gurunya.

Buku & alat tulis

Hadiahkan buku yang anak anda minati. Tanya anak anda jika dia ada buku yang dah lama dia idamkan. Tapi, pastikan buku tersebut bermanfaat. Hiaskan buku bersama dengan alat tulis. Buat basket gift. Anak anda pasti teruja!

Pakaian

Beli pakaian kegemaran anak anda. Mungkin dia nak pakaian yang ada gambar kartun kesukaannya. Anda boleh beli mengikut kemampuan bajet anda. Jangan berlebihan!

Snek

Kalau anak anda sukakan snek, apa kata anda buat hamper makanan kepadanya.  Hias hamper tersebut dan letakkan nota yang menarik. Cari snek yang berkhasiat dan tidak memudaratkan. Mesti dia suka!

Saya tahu, banyak lagi idea anda untuk hadiah anak-anak. Jika boleh, kita kongsikan bersama di ruangan komen. 

Share this:
0
8 Idea Hadiah untuk Anak-Anak 12 tahun ke bawah
Tagged on:             

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Blog ini bermanfaat? Kongsikan!