7 tips rumah kemas sentiasa

Saya ada dua anak lelaki. Seorang dah 9 tahun, dan seorang lagi akan masuk 4 tahun Julai nanti. Memang kedua-duanya agak lasak, dan kerap juga sepahkan barang-barang terutama mainan. Itu belum kira lagi makanan yang tumpah, makan biskut la, air la, tumpah atas lantai. Diakui, nak rumah clean & clear macam yang kita selalu tengok dalam majalah, he3… tak tahu tahun bila akan tercapai. Cuma tips yang saya nak kongsikan di sini adalah cara untuk pastikan keadaan rumah bersih dan agak terurus. Bukan seperti terkena puting beliung!

Penat? Memang penat. Dengan kerja lagi, dengan rumahtangga, nak masak, anak-anak yang sedang membesar, heh boleh tahan la jugak. Kadang-kadang tak sempat nak relaks pun. Apa pun, anda boleh cuba tips di bawah ni ye. Mana tahu ia sedikit sebanyak membantu kita terutama ibu-ibu yang ramai anak kecil.

Kemaskan katil

Selepas bangun tidur, wajibkan diri untuk terus kemaskan katil. Alaaa… macam kita duduk asrama dulu-dulu. Bangun je tidur, mesti kemas cadar. Tarik sampai tegang. Saya tak sure la anda macam mana. Tapi kalau saya, bila katil tu kemas je, saya rasa bilik tu dah kurang sepah. Nampak tersusun je.

Cuci bilik air

Biasakan time kita mandi, pegang berus ke, berus sinki ke, lantai ke, atau berus mangkuk tandas. Buat mana yang anda rasa perlu. Sikit-sikit. So, bilik air akan nampak sentiasa bersih. Barang-barang dalam bilik air tu susun supaya kemas. Tak lama pun masa yang diperlukan. Bila hari yang patut anda cuci bilik air, baru buat secara details.

Basuh baju  & lipat setiap hari

Kalau ada 4 orang yang menghuni rumah anda, paling kurang sehari tu akan ada 8 pasang pakaian. Kadang- kadang lebih! Nak-nak anak kecik kan, tumpah itu ini. Kencing kena seluar lah. Macam-macam hal. Jadi pastikan baju di basuh at least sekali sehari, jemur. Baju yang dah kering, terus ambik dan lipat. Jangan longgok dulu dalam bakul sebab ia akan membiak dengan jayanya. Dah lipat, terus susun dalam almari. He3… Sebenarnya kalau hari-hari kita lipat baju, sikit je baju yang nak kena lipat. Masa pun rasanya tak sampai 15 minit untuk lipat dan susun. Betul tak?

Kemas kabinet dapur

Kemas ni maknanya anda kena susun barang-barang atas kabinet tu di tempatnya semula. Kadang-kadang biasa la, bila memasak tu, penuh barang atas kabinet. Dengan balang gulanya, blender, dengan besennya, macam-macam lagi lah. Pastikan lepas je guna terus letak semula di tempat asal. Kalau ada tumpahan makanan, ambik tisu terus lap. Sekurang-kurangnya kalau anda tak menyapu lantai pun, kabinet dah kemas dan tersusun.

Susun kusyen di sofa

Kebanyakan rumah yang ada sofa, mesti ada kusyen. Ada sesetengah tu sampai 9-10 biji. Kalau bersepah, bayangkan macam mana rupa ruang tamu anda. Serabut jadinya! Setiap hari, contohnya lepas anak-anak tidur ke, ambik dan susun semua kusyen tersebut. In sha Allah nampak ruang tamu lebih kemas. Tak sampai 1 minit dah siap.

Cuci pinggan mangkuk

Yang ni wajib! Jangan biarkan pinggan mangkuk yang tak bercuci penuh dalam singki. Ianya bukan saja nampak tak bersih, bahkan turut mengundang bau yang tak enak. Lalat suka  bau benda-benda yang basi ni. Belum kira dengan semut lagi. Setiap kali selepas masak, atau selepas makan, disiplinkan diri untuk basuh semua pinggan mangkuk yang digunakan. Mintak tolong atau ajar anak-anak untuk cuci pinggan mangkuk sendiri. Lap  & kemas meja makan sebaik selesai makan. Kalau tak nanti, jadi tumpuan semut pulak.

Sapu/vakum lantai

Aktiviti ini memang anda perlu buat setiap hari. Tapi tidak semestinya keseluruhan rumah kena sapu/vakum. Tengok bahagian mana yang teruk, atau anda boleh susun jadual untuk menyapu ruang dalam rumah ikut giliran. Selain itu, ajar anak-anak untuk kemaskan semula mainan yang mereka main. Pastikan baju-baju kotor di letak di tempat yang sepatutnya. Dan pastikan semua perkara di atas anda lakukan.

Percayalah, kalau aktiviti di atas memang menjadi rutin, anda takkan rasa begitu terbeban untuk mengemas rumah. Sekurang-kurangnya, rumah akan nampak teratur walau pun pada hari anda teramat sibuk dan penat. Paling baik, anda perlu sediakan jadual mengemas rumah yang lebih teratur. Bila ada jadual, keseluruhan rumah anda dapat diuruskan dengan lebih baik.

Share this:
0
7 Perkara Anda Patut Buat Setiap Hari Untuk Pastikan Rumah Kemas
Tagged on:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Blog ini bermanfaat? Kongsikan!