tips mulakan simpanan

Adakah anda mempunyai akaun simpanan? Ya, mungkin ada. Tapi kejap simpan, kejap korek. At last, takde jugak simpanan. Simpanan memang perlu ada untuk masa-masa kecemasan.

Saya sendiri memang ada sikit je simpanan. Namun, saya baru mewujudkan beberapa jenis simpanan yang saya rasakan perlu, terutama simpanan jangka masa pendek. Fungsinya berbeza dengan simpanan jangka masa panjang. Tetapi ia amat penting.

Antara simpanan yang saya ada:

Simpanan kecemasan : RM50/ sebulan

Servis/baiki kereta: RM100/ sebulan

Vacation/ Balik kampung: RM100 – 200 /sebulan

Hadiah/ perayaan : RM50/ sebulan

Road tax/ insurans kereta: RM80/ sebulan

Ada 5 cara yang saya nak kongsikan untuk anda memulakan simpanan ini. Saya tahu, ia mungkin sesuai untuk saya, tetapi tidak untuk anda. Sebab lain orang, lain komitmen yang mereka ada. Apa pun, saya berharap perkongsian ini sedikit sebanyak dapat memberi idea kepada anda untuk mula menyimpan.

Bersedekah setiap kali mendapat bayaran

Memang nampak macam susah, sebab kita tak pernah buat, atau jarang buat, atau kita hanya memberi bila ada lebihan. Mula dari sekarang, kena ubah mentaliti. Kita wajib percaya dengan janji Allah. Satu yang kita bagi, 10 kita akan dapat. Yakin, percaya & buat! Jumlah tak penting, yang penting seikhlas hati

Setiap kali terima gaji, bayar diri sendiri dahulu

Selepas bersedekah, bayar diri sendiri dulu. Tak perlu pentingkan jumlah, atau tetapkan jumlah yang sama setiap kali. Cukup kita bayar diri sendiri walau hanya RM10, sebagai permulaan untuk mendisiplinkan diri kita menyimpan.

Simpan wang lebihan

Maksud duit lebihan ni bukanlah bila dah tolak semua perbelanjaan, dan wang  tak habis belanja kita simpan. Tak! Caranya ialah, katakan anda nak shopping barang dapur. Anda nak beli 2 buku roti. Harga sebuku roti ialah RM4. Tiba-tiba pada hari tersebut, ada jualan murah. Harga roti tu dah jadi RM3.50. Jadi, simpan RM0.50 tu sebagai simpanan anda. Percayalah, jika anda betul-betul buat banyak juga yang anda boleh simpan. Sama juga jika anda dapat kupon, atau rebat tunai, simpan lebihan wang tersebut.

Hidup secara ala kadar

Jika nak belajar menyimpan, dengan pendapatan yang tak seberapa, suka atau tidak, memang kita terpaksa mengubah cara hidup. Anda perlu senaraikan apa keutamaan dalam hidup anda.  Nak menyimpan, kena mula belajar berdisiplin. Berbelanja ikut keperluan dan bukannya kehendak. Ketepikan sementara kehendak kita. Ianya boleh anda penuhi apabila sampai waktunya. Nasihat saya, buat masa ini, bersabarlah. Jangan mudah terpengaruh atau terikut-ikut orang sekeliling. Perlu diingat, kedudukan kewangan saya, anda dan mereka tidak sama. Kalau rakan anda mampu membeli baju baru sebulan sekali, mungkin anda hanya mampu setahun dua kali. Kalau orang lain membeli kereta baru, cukuplah kita dengan kereta terpakai. Kereta hanyalah besi buruk apabila dimamah usia. Betul kan?

Jual barang yang tidak diperlukan

Banyak platform yang anda boleh gunakan untuk menjual barang-barang terpakai di rumah anda. Antaranya di Mudah.My, Ebay dan Lelong. Facebook, Instagram dan Twitter juga merupakan medium yang amat baik untuk menjual. Baju-baju yang masih cantik, buku-buku teks, majalah lama, novel-novel boleh anda jual dengan harga yang murah. Selain mendapat wang untuk di simpan, anda juga boleh mengurangkan barang-barang yang tidak diperlukan di rumah anda.

Apakah tips yang anda gunakan untuk mula menyimpan?

Share this:
0
5 Tips untuk Memulakan Simpanan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Blog ini bermanfaat? Kongsikan!