hidup bijak jimat rm400 dengan kad kredit

Ramai yang memandang serong pada orang yang menggunakan kad kredit. Betul, jika anda  orang yang boros, kurang berdisiplin berbelanja, kad kredit akan mengundang padah. Kalau anda termasuk dalam kategori ini, maka anda boleh skip saja entri ini. Tetapi kalau anda gemar menggunakan kad kredit, dan berdisiplin, ianya memang menguntungkan kerana banyak benefit yang boleh anda nikmati dengan penggunaan kad kredit.

Saya menulis berdasarkan pengalaman sendiri. Saya menggunakan kad kredit Citibank Rewards. Dah 2 tahun rasanya sebab saya mengisi minyak kereta dengan kad kredit, bayar insuran keluarga dengan auto debit kad kredit, juga kalau saya shopping online seperti membeli barang di Lazada , beli tiket kapal terbang terutama Air Asia, booking hotel seperti di Agoda atau Booking.com, peranan kad kredit sangat penting.

Bulan September 2015, saya dan keluarga berkesempatan ke Perth. Alhamdulillah, rezeki dapat melihat negara mat salleh. Ye la, nak pegi europe memangla saya tak mampu lagi buat masa ni. Tiket kapal terbang saya book dengan Air Asia, waktu promosi. Harga tak lah terlalu murah, maklum la cuti sekolah. Tapi masih sangat murah kalau dibandingkan dengan harga bukan promosi atau jika kita tempah dengan premium airlines yang lain.

Berbalik kepada cerita di atas, saya gunakan voucher Air Asia ditebus  dengan point yang diperolehi dari kad kredit Citibank Rewards untuk membayar kos bagasi dan makanan dalam flight untuk 4 orang pergi dan balik. Jumlah voucher tu ialah RM400 bersamaan dengan lebih kurang 101,000 points. 25,500 point melayakkan anda mendapat voucher Air Asia RM100. Oleh kerana point terkumpul saya lebih 100,000, jadi saya layak tebus 4 voucher.

Selain tiket kapal terbang, point ini juga melayakkan anda menebus apa sahaja barang yang dimuatkan dalam katalog Citibank. Banyak pilihan barangan yang menarik, terutama barangan elektrik untuk kegunaan di rumah. Mengujakan!

Bagaimana mengumpul point yang banyak?

Saya hanya gunakan 1 kad kredit sahaja. Takde 2 atau 3. Mula-mula saya daftar 2 tahun lepas, automatik dapat 20,000 point. Kemudian, saya WAJIB guna untuk isi minyak kereta. RM1=1 point. Kalau anda gunakan di kedai atau outlet tertentu yang disenaraikan oleh Citibank, point tersebut digandakan kepada 5. Contoh: anda isi minyak di Shell sebanyak RM50. Jumlah point yang anda dapat untuk transaksi tersebut ialah 50 x 5 = 250 point. Menarik kan? Membeli belah di Tesco, Guardian, Sen Heng, mahu pun Air Asia, point  anda akan digandakan tertakluk kepada syarat-syarat tertentu. anda boleh merujuk laman web Citibank untuk maklumat lanjut.

Biasanya jika saya membeli barang dapur di pasaraya bernilai RM30 dan ke atas, saya akan bayar menggunakan kad kredit. Mudah sebab saya tak perlu membawa wang tunai dalam jumlah yang banyak.

Selain itu, anda boleh membuat auto debit dari kad anda untuk bayaran seperti insurans untuk mengumpul point. Sebagai contoh, jika setiap bulan kos insuran anda ialah RM300, maka setiap bulan anda akan dapat 300 point. Wowww… memang best.

Peringatan

Setiap kad kredit dikenakan cukai oleh kerajaan sebanyak RM50 setahun. Anda boleh bayar cukai dengan point sekiranya point anda cukup .

Setiap kategori yang anda pilih untuk dapatkan point 5x ganda, akan dikenakan yuran tahunan sebanyak RM106 setahun. Sila semak caj kad kredit di sini.

Jangan berhutang dengan kad kredit. Pastikan anda membayar kesemua jumlah duit yang dibelanjakan dengan kad kredit anda., bagi mengelakkan anda dikenakan interest yang tinggi. Saya juga tiada hutang kad kredit. Saya memastikan setiap jumlah yang dibelanjakan dalam satu bulan akan dibayar habis dalam bulan yang sama. Yang penting, dapat point berganda-ganda.

Jika anda berminat dengan kad Citibank, anda boleh pilih jenis kad yang anda kehendaki ikut keperluan masing-masing. Tak nak Citibank Rewards, anda boleh pilih Citibank Cash Rebate. Buatlah pilihan bijak kerana hidup pada zaman ini perlukan kita untuk merebut peluang yang ada, dan live smart!

Adakah anda menggunakan kad kredit? Apakah manfaat yang anda perolehi dengan kad kredit anda sekarang?

Share this:
0
Tiket Flight Jimat RM400 Dengan Kad Kredit
Tagged on:                 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Blog ini bermanfaat? Kongsikan!