resepi sos BBQ

Kali ni saya nak share resepi sos BBQ yang anda boleh buat sendiri di rumah. Senang & sedap.

Bahan-bahan:

1 biji bawang besar dicincang

2 tbls mentega

225gm sos tomato / sos cili

1/4 cawan gula perang

1/4 cawan madu

2 tbls kicap

2 tbls molasses (gula perang)

1 tsp serbuk mustard

1/4 tsp garam

1/2 tsp serbuk cili / cili blender.

1 tbls cuka epal

1 tbls air

Cara:

Tumiskan bawang bersama hingga wangi. Masuk bahan-bahan selebihnya dan kacau hingga sebati. Biar selama 15 minit dan kacau sekali sekala.

Dannnn… siap!

Sos BBQ ni anda boleh simpan dalam bekas bertutup dan masukkan dalam peti ais. Ianya boleh digunakan untuk buat sos burger, bakar ikan atau ayam, untuk sos pizza.

Selamat mencuba!

Share this:
0
Sos BBQ
Tagged on:     

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Blog ini bermanfaat? Kongsikan!