rancang aktiviti shopping anda

Shopping… sebut saja perkataan shopping, kita dah boleh bayangkan wang kita akan terbang melayang-layang . Dengan bershopping, matlamat kita untuk menyimpan duit hanya tinggal matlamat. Susah nak dilaksanakan. Tapi, anda boleh memilih untuk bershopping secara jimat. Anda wajib membuat senarai barangan yang hendak dibeli selengkapnya. Ianya bukan saja menjimatkan masa, tetapi juga menyelamatkan wang anda dari membeli barang-barang yang tidak perlu. Lagi? Anda tak perlu berulang alik untuk membeli barang banyak kali dalam sebulan. Jimat petrol, parking, masa, dan paling penting wang anda pun selamat.

Saya kongsikan sedikit tips untuk membantu anda bershopping:

Rancang waktu shopping anda lebih awal

Penting! Paling baik jika anda dah pun ada perancangan menu untuk sebulan, atau paling tidak untuk 1 minggu-2 minggu. Anda dah tahu apa nak masak, jadi lebih memudahkan anda menyenaraikan barang-barang apa yang anda perlu beli. Semasa merancang, letakkan siap-siap dalam satu sampul segala cash rebate, kupon, atau apa-apa promosi yang ada untuk memudahkan anda. Selain itu, anda juga boleh memeriksa peti ais, almari, dan tempat anda menyimpan stok barang, dan kenalpasti sama ada anda perlu membeli lagi barangan tersebut. Anda juga boleh buang stok-stok yang mungkin telah rosak, dan perlu diganti. Barang-barang dapur seperti bawang dan sayur tak tahan lama. Jadi, kena tengok setiap kali anda nak bershopping.

Kenalpasti harga barangan

Dalam list barangan yang anda buat, sebaiknya kenalpasti harga barangan yang anda akan beli. Atau anda boleh mencatat harga barang semasa anda sedang shopping. Catatkan juga jika anda ada kupon untuk barangan tersebut. Anda juga boleh mengira cukai yang anda perlu bayar di kaunter bayaran nanti.  Ini penting supaya anda tahu anda tidak terlebih berbelanja dari yang sepatutnya, tambahan pula jika anda bayar menggunakan wang tunai. Takut tak cukup pulak wang anda nak bayar nanti.

Shopping dengan pantas

Anda dah ada list barang kan? Pastikan anda ikut apa yang telah disenaraikan. Jangan tambah barang-barang lain yang tak perlu dalam senarai anda. Sebaik saja sampai ke kedai/ pasaraya, sila mulakan aktiviti shopping anda dengan pantas. Kalau boleh, hadkan masa anda di situ kurang dari 30 minit. Lagi cepat anda bershopping, kurang risiko untuk anda membelek-belek barang-barang lain yang tak perlu. Selamatkan wang anda 😉

Kenali tempat shopping anda

Kenapa? Sebab kalau anda dah faham selok-belok tempat anda shopping, ia memudahkan anda menuju ke tempat yang sepatutnya sebaik anda mulakan aktiviti bershopping. Anda tidak perlu ‘bersiar-siar’ ke kawasan barangan yang tidak ada dalam senarai. Bagus untuk mengelakkan anda terbeli barang yang tidak perlu. Dah selesai, jangan berlengah-lengah lagi. Terus saja ke kaunter bayaran. Dan balik.

Diharap tips di atas dapat membantu anda bershopping barang keperluan dengan lebih baik, dan menjimatkan wang anda.

Bagaimana anda merancang aktiviti shopping anda?

Share this:
0
Bagaimana Merancang Aktiviti Shopping Anda
Tagged on:         

One thought on “Bagaimana Merancang Aktiviti Shopping Anda

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Blog ini bermanfaat? Kongsikan!