Mulakan simpanan kecemasan anda

Simpanan kecemasan amat penting dalam kehidupan kita. Paling kurang, anda perlu ada RM1000. Kalau tiba-tiba kereta rosak, paip bocor ke, atau lampu rumah rosak dan pelbagai 1001 kemungkinan yang lain berlaku, sekurang-kurangnya kita tak perlu berhutang. Jika anda belum mulakan atau belum ada simpanan kecemasan, anda perlu mulakan sekarang!. Langkah pertama, target untuk simpan RM1000 dalam masa 2-3 bulan.

Bagaimana nak mulakan simpanan kecemasan?

Buat anggaran belanjawan

Anda boleh baca Panduan Membuat Bajet dalam entri saya sebelum ini. Anda boleh muat turun templet yang telah saya sediakan sebagai permulaan. Langkah ini amat penting supaya anda nampak dengan jelas keadaan kewangan anda.

Ada juga yang menggunakan teknik menyimpan note RM5 yang diperoleh. “Save 5 without 5”. Anggap saja wang RM5 tu tidak bernilai. Terus asingkan note tersebut sebaik anda mendapatnya. Jangan tak tahu, saya dah pun memulakan kaedah ini sejak hujung bulan lepas. Sehingga sekarang note RM5 saya dah pun mencecah 37 keping :-).

Kurangkan makan di luar merupakan cadangan yang paling berkesan untuk dilakukan. Saya percaya, ramai dikalangan kita termasuk saya sendiri sebelum ini memang suka makan di luar. Ini merupakan kos terbesar dalam bajet kita. Cuba anda kira semula berapakah kos anda makan di luar dalam masa sebulan, termasuk di tempat kerja? Banyak kan? Selepas ini, cuba kurangkan kekerapan makan di luar. Anda dapat berjimat dan menyimpan RM1000 anda dengan lebih cepat.

Cari income tambahan

Langkah yang amat membantu kita untuk membuat simpanan. Kalau anda pandai memasak, anda boleh ambil upah untuk memasak. Ambik order dari kawan-kawan, dan masak untuk keesokan harinya. Selain kita dapat wang tambahan, kita juga dapat berjimat dengan membawa bekal ke tempat kerja. Kalau anda ada kemahiran menggunting rambut, anda boleh mengambil upah menggunting rambut pada sebelah malam, atau hujung minggu.

Anda sendiri perlu kenalpasti apa yang anda gemar lakukan, dan cuba tukar hobi kepada sesuatu yang boleh mendatangkan hasil. Saya akan menulis entri tentang senarai kerja yang boleh kita lakukan untuk mencari income tambahan. In Sha Allah.

Atau anda boleh juga menjual barang terpakai. Di dalam rumah kita, banyak sangat barang yang masih elok, tapi kita tak perlukannya lagi. Jadi, dari dibiar rosak, atau menyesakkan ruang, ada baiknya anda jual. Gunakan medium offline seperti pasar karat, uptown, atau online seperti Mudah.My, Lelong, dan Facebook untuk promosi.

Wang yang anda peroleh sila masukkan dalam simpanan kecemasan anda.

Percaya pada diri sendiri

Dari awal lagi, bila anda buat keputusan untuk melakukan simpanan kecemasan ini, anda harus yakin 100% yang anda boleh lakukannya. Matlamat anda tidak akan tercapai jika anda sendiri pun tak yakin. Bila kita yakin, baru hati kita lebih komited untuk berdisiplin dan berusaha merealisasikannya.

Apakah cadangan anda untuk menyimpan RM1000 dalam masa terdekat?

Share this:
0
Mulakan Simpanan Kecemasan Anda Sekarang!
Tagged on:         

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Blog ini bermanfaat? Kongsikan!