Master Cleaning List

Mengemas rumah kadang-kadang bukanlah satu kerja yang mudah. Kadang-kadang ianya mengambil masa yang panjang, dan memenatkan. Tambahan pulak, sebagai ibu-ibu yang bekerja, memang masa tu sangat terhad. Dengan nak uruskan anak-anak, nak memasak, nak tengok buku sekolah anak-anak lagi. Pendek kata, 1001 macam tugasan menanti kita bila sampai saja di rumah.

Di sini saya kongsikan cara bagaimana untuk membantu ibu-ibu bekerja untuk menguruskan rumah dengan lebih teratur. Sekurang-kurangnya rumah kita tidak berhabuk dan bersepah. Saya amat menggalakkan ibu-ibu membuat jadual mengemas sendiri. Dan pastikan anda berdisiplin! Rasanya cukup anda luangkan masa selama 45 minit hingga 1 jam setiap hari untuk mengemas rumah. Ini bermakna, anda perlukan kira-kira 6 -7 jam seminggu sahaja. Tak lama, tapi hasilnya menenangkan jiwa. Siapa yang tak suka rumah bersih kan?

weekly Cleaning List

Tipsnya:

  • Mulakan mengemas dari satu bahagian rumah dan seterusnya. Saya biasa mulakan dari bilik tidur utama, living room, bilik kedua dan ketiga, last sekali baru dapur.
  • Mengemas akan menjadi lebih mudah kalau setiap barang ada ‘rumahnya’. Maksudnya, suka tak suka, anda kena jugak spend masa sediakan ruang simpanan untuk setiap barang dalam rumah anda. Jadi, proses mengemas menjadi sangat cepat.
  • Sediakan satu bakul besar, mcm bakul laundry tu untuk kutip semua benda yang bersepah2  macam toys, baju2, kertas dsbnya dan masukkan dalam bakul tersebut. Lepas dah habis mengemas, spend masa lebih kurang 10 minit untuk meletakkan semula barang-barang tersebut di tempatnya.
  • Lakukan kerja-kerja menyapu, vacum dan mop akhir sekali. Buat sekaligus untuk semua ruang dalam rumah anda setelah anda selesai mengemas barang-barang yang berselerak tadi. Lebih jimat masa!. Macam karpet  boleh vacum 3-4 kali seminggu pun memadai.
  • Cuci cermin akhir sekali selepas proses di atas. Ambik pencuci cermin dan lebih baik ada pencuci yang macam kat stesen minyak untuk cuci tingkap kereta tu… lagi cepat. Cuci semua cermin dalam bilik air dan juga bilik tidur.
  • Pastikan katil sentiasa dikemaskan kerana katil yang kemas menjadikan bilik nampak tersusun.
  • Guna duster atau kain lembap untuk lap habuk di perabot dan juga hiasan rumah yang lain.
  • Untuk dapur, pastikan selesai memasak, pinggan mangkuk terus dicuci dan jangan biarkan dalam sinki tanpa di basuh. Lap dapur gas dengan kain/ sponge. Kemas meja makan sebaik saja selesai makan.

Bukan semua kerja anda lakukan setiap hari. Mungkin ada yang seminggu sekali, sebulan sekali, 4 bulan sekali dan setahuun sekali!. Jadi, anda sendiri susun cara terbaik untuk pastikan rumah anda selesa, kemas dan cantik. Anda boleh gunakan contoh jadual di atas.

Adakah anda juga menyediakan jadual untuk mengemas kediaman anda?

Share this:
0
Kerja mengemas menjadi lebih mudah

One thought on “Kerja mengemas menjadi lebih mudah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Blog ini bermanfaat? Kongsikan!