resepi homemade grilled burger

Minggu lepas saya ada memuat naik gambar burger di FB. Yes, homemade grilled burger. Saya buat menggunakan daging ayam fresh (bukan beli daging kisar kat kedai tau). Yang bagusnya bila buat sendiri ,daging burger tu takde lemak, takde MSG. Memang rasa pure daging ayam. Rasanya kalau guna daging lembu, lagi sedap. Akan saya usahakan untuk buat nanti. He3.. Apa yang paling penting, ianya menyihatkan. Jadi, kita tak risau anak-anak makan banyak pun. Healthy food.

Resepi daging burger ini seperti di bawah. Lepas ni anda boleh mencuba ya. Saya ambik dari dapur Kak Nor.

HOMEMADE GRILLED BURGER
resipi : K.Nor@SecubitGaram

20151130_085222

Bahan – utk daging burger:
800gm daging lembu (tanpa lemak) ~ basuh dan toskan (saya guna daging ayam)
2 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
2 kuning telur
2 sudu besar serbuk cili kasar
1 sudu besar serbuk lada hitam
2 sudu besar dried parsley – guna parsley fresh pun ok
1 sudu besar italian herbs – boleh jugak guna mixed herbs
1 cawan breadcrumbs- saya guna oats sbb breadcrumb habis 😉
1 sudu kecil garam
1 pokok daun ketumbar ~ dihiris halus
plastik bersih secukupnya

Cara: 
Kisar halus daging yg dah dipotong kecil bersama bawang besar dan bawang putih dgn menggunakan food procceser.
Masukkan ke dalam sebuah mangkuk dan masukkan kuning telur, serbuk cili kasar, serbuk lada hitam, dried parsley, italian herbs, breadcrumbs, garam dan daun ketumbar.
Gaul hingga sebati.
Ambil sekepal daging dan bentukkan bulat dan leper.
Alas dgn plastik yg dah dipotong, melebihi sedikit dr saiz kepingan daging.
Ulang sehingga daging habis dan susun dlm sebuah bekas.
Simpan dlm peti ais semalaman (supaya daging set dan tidak berkecai bila kita membakar/menggorengnya)

* boleh juga jika ingin menggunakan daging kisar yg sedia ada di pasaran tp tak leh jadi healthy food la ya sbb daging tersebut mempunya kandungan lemak yg agak tinggi.

Bahan2 – utk membuat burger
roti burger secukupnya
butter
slice cheese
salad
tomato
cili sos
mayonis

Cara:
Belah dua roti burger dan sapu dgn sedikit butter.
Bakar sekejap dan ketepikan.
Panaskan pemanggang ajaib dan letakkan daging burger.
Bakar selama 8 – 10 min utk sebelah daging dan terbalikkan dan masak lagi utk tempoh yg sama (masa membakar bergantung pada ketebalan daging burger yg dihasilkan) dgn menggunakan api sederhana.
Buka penutup pemanggang dan letakkan sekeping slice cheese di atas daging tadi.
Angkat dah letakkan atas kepingan roti yg dah diletakkan sedikit daun salad.
Picitkan sos cili dan mayonis. Kemudian letakkan hirisan tomato dan akhir sekali dgn bahagian atas roti.
Sedia utk dinikmati…

*jika tiada pemanggang ajaib bolehlah menggunakan frying pan biasa tp sebolehnya balikkan daging burger hanya bila bahagian bawahnya dah masak separuh dr ketinggian daging burger tadi. ( maksudnya kita hanya membalikkan daging burger itu sekali sahaja)

Anda wajib cuba resepi ni. Rugi tak buat. Memang sedap pada tekak saya. Terima kasih Kak Nor kerana sudi berkongsi resepi.

Lagi satu, anda boleh frozenkan daging burger yang belum dimasak , letak dalam bekas bertutup. Pastikan daging burger tu tidak bersentuhan. Kalau tidak nanti ia melekat, susah nak pisahkan bila nak bakar.

Anda boleh buat macam properity burger. Boleh guna resepi Sos BBQ dalam entri saya sebelum ni. Tak payah pegi McD pun. Berganda-ganda sedap, sihat dan jimat! Selamat mencuba! Kalau dah buat, jangan lupa kongsi di sini ye.

Share this:
0
Homemade Grilled Burger

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Blog ini bermanfaat? Kongsikan!