Hamburger BBQ

Semua orang suka makan burger. Sekarang ni, macam-macam versi burger yang kita boleh tengok. Ada burger bakar, burger cheese, burger lava, macam-macam warna & saiz. Tengok pun dah terliur.

Apa kata, anda cuba resepi yang saya nak kongsikan di bawah. Buat sendiri BBQ Hamburger. Ia sama sekali tidak menggunakan daging burger yang dijual. Sebaliknya, gunakan daging ayam atau daging yang dibakar, dituang pulak dengan sos BBQ yang lazat. Nyummy!

 

Bahan-bahan:

450 gm daging  – boleh guna daging ayam juga.

garam

lada hitam

2 tbls tepung jagung

Sos:
1 biji bawang besar

1 cawan puri tomato

**1/2 cawan sos BBQ – boleh buat sendiri atau beli siap dalam botol. Klik untuk resepi Sos BBQ.

1 tsp serbuk mustard (saya tak letak sebab takde)

1/2 tsp serbuk cili

1/2 tsp gula

Caranya:

Masakkan daging hinga keperangan. Tambah garam dan lada hitam. Taburkan tepung dan kacau.

Campurkan bahan-bahan lain. Renehkan selama 15 minit sehingga pekat. Celupkan daging yang telah dibakar ke dalam sos ini. Hidangkan bersama roti dan cheddar cheese. Anda boleh tambah sayur-sayuran lain seperti bawang besar, timun jepun, tomato dan salad untuk lebih sedap.

Jimat & menyihatkan.

Share this:
0
Resepi BBQ Hamburger

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Blog ini bermanfaat? Kongsikan!