pembeli bijak

Saya, anda dan ramai lagi di luar sana mesti pernah menghadapi situasi yang sama. Katakan anda ke kedai A untuk membeli kipas, dan anda bayar RM300 untuk harga kipas tersebut. Satu hari, anda ternampak di kedai B, kipas yang sama, model sama, warna pun sama, tapi cuma berharga RM250.00. Agak-agak bagaimana anda rasa ketika itu? Kalau saya, mula la rasa agak frust. Sebab perbezaan sebanyak RM50 tu besar!. Lepas belanja makan seminggu.

Ok, di sini saya nak kongsikan satu tips bagaimana anda boleh membeli barang-barang yang agak mahal harganya, seperti barang elektrik, elektronik dengan harga yang sepatutnya, supaya anda tidak terkena. Caranya mudah saja. Kebanyakan dari kita memang ada telefon bimbit dan juga internet kan? Jadi, sila gunakan ia dengan semaksima mungkin.

Saya pernah membeli sebuah vakum dengan harga RM240.00. Harga pasaran vakum tersebut ialah RM316.00. Bila saya tinjau beberapa buah kedai eletrik, harga paling rendah yang saya dapat ialah RM290. Memang tokei kedai tu tak nak bertolak ansur lagi. Fine!. Gunakan kuasa teknologi.

Ambil sedikit masa dan survey harga secara online. Saya buka laman web yang menjual model vakum yang sama, biasanya saya akan tengok di Lazada, Lelong atau Sen Heng dan mana-mana laman web lain yang ada menjual vakum tersebut. Dan waktu tu, Lazada tawarkan harga paling rendah. Jadi, saya screenshot gambar vakum tersebut bersama dengan harga yang dipaparkan. Saya jumpa tokei kedai elektrik tersebut, dan tunjukkan hasil carian saya di internet. Hasilnya, saya berjaya memiliki vakum tersebut dengan harga RM240.00. Menarik kan? Penting diingatkan, kalau anda nak tawar-menawar harga ni, sila ke kedai elektrik biasa. Bukan kedai elektrik yang berjenama dan terkenal seantero Malaya ye, sebab kedai-kedai tersebut agak susah untuk turunkan harga.

Tips ini hanya jika anda membeli barang yang agak mahal harganya, dan bukan pada waktu promosi. Cara lebih mudah, mungkin anda boleh saja order terus dari Lazada sekiranya tokei kedai tersebut enggan menurunkan harga. Masih berbaloi dan jimat! Tetapi jika pemilik kedai sudi memberi harga yang anda inginkan, kenapa tidak? Lebih memudahkan kerana barangan elektrik terutama yang ada waranti lebih senang jika dibeli dari kedai yang berhampiran. Jika, ada apa-apa masalah, mudah untuk kita dapatkan ganti.

Diharap tips ini dapat  membantu anda. Semoga berjaya! Jadilah pembeli yang bijak.

Soalan: Bagaimana anda memastikan harga barang yang anda beli benar-benar murah? Kongsikan. 

Share this:
0
Bagaimana membeli barang mahal dengan harga terendah?
Tagged on:             

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Blog ini bermanfaat? Kongsikan!