azam tahun 2016

Hari ni dah 30 disember 2015, cepat sungguh masa berlalu. tinggal 1 hari je lagi sebelum kita melangkah ke tahun baru. Banyak suka duka pahit manis yang dah kita lalui sepanjang 2015. Masa memang bergerak sangat laju. Benarlah janji Allah. Dunia akhir zaman, masa semakin pendek, umur pun semakin singkat. Semoga dengan berakhirnya tahun 2015, kita akan menjadi manusia yang lebih baik.

Sebenarnya saya ada senarai azam yang banyak untuk tahun baru ni. He3… list panjang tuuuu. Tapi yang saya nak kongsikan di sini cuma beberapa azam yang saya rasakan penting untuk saya, keluarga dan pengurusan kewangan saya. Saya bukan perancang kewangan, jauh sekali mempunyai ilmu yang tinggi dan hebat mengenai pengurusan wang. Namun, saya merasakan perlu untuk saya belajar dan praktikkan dalam hidup. Diakui, pengurusan kewangan saya sebelum ni memang berterabur habis. Dan saya juga berharap saya akan berdisiplin dan komited dengan apa yang saya rancang. bukan hangat-hangat tahi ayam. Wish me luck ok!

Azam tahun 2016:

Kurangkan makan di luar

Saya memang kuat betul makan di luar sebelum ni. Expenses untuk makan di luar setiap bulan memang mencecah ratusan ringgit. I don’t expect much. Nak kurangkan 100%, memang perlukan masa sikit. Saya akan cuba kurangkan sikit demi sedikit. Dalam erti kata lain, saya kena rajin memasak… hu3… mampukah? mampu? Serammm pulak bila fikir.

Bawa bekal ke tempat kerja

Jujur cakap, sehari saya berbelanja purata RM10 sehari untuk makan pada hari bekerja. Sebulan? Memang pitam kalau nak kira. Boleh ke tercapai ni? Wahhh… kalau gini saya kena bangun seawal 4.30 pagi untuk siapkan bekal.

Buat mini garden

Haaa… yang ni saya tak berangan lebih-lebih sangat. Anda juga, jangan dok bayang yang gempak-gempak ye. He3… mini garden ni saya akan tanam tanaman yang diperlukan dalam masakan. Contoh: cili, halia, kunyit, lemon. Sikit-sikit je bilangan pokoknya. Saya mengaku, saya memang malas berkebun. Bukan jiwa ku…

Kelas tambahan untuk anak sendiri

Ha3… yang ni memang tau, saya asyik buat kelas untuk anak orang. Tapi anak sendiri, ke laut. Memang sadis. Itulah realitinya. Dapat seminggu 2x kelas intensif pun dah kira ok sesangat. Fokus untuk subjek yang sangat lemah, termasuk subjek agama dan al-Quran.

Tingkatkan saving

Simpanan saya memang tak berkepuk-kepuk macam rakan-rakan sejawat saya yang lain. Kalau anda tahu jumlah saving saya, memang u will surprise… adehhh. Jadi, saya kena kurangkan aktiviti menziarah shopping mall. Nak-nak Tesco yang berdiri megah depan sekolah je. NSK pun tiap-tiap hari lalu. Pengsannn… godaan kiri kanan depan belakang. Lagi satu, aktiviti merayap tanpa tujuan di hujung minggu. Wajib dikurangkan. Kuatkanlah iman ku ya AllaH! 🙁

Disiplin semasa shopping

Ini jugak sikap buruk saya, tidak berdisiplin bila shopping. Dah buat list kemain lagi. Alih-alih, yang tak masuk dalam list dah sama banyak dengan yang ada dalam list. Sabar je lah. Asal nampak murah je rembat, walau pun sebenarnya tak perlu pun. Jadi saya akan ikut tips yang pernah saya share sebelum ini di sini.

Cari extra income RM300 sebulan

Kalau nak tingkatkan saving, selain kena ubah gaya hidup, saya juga kena cari income tambahan. Tahun lepas, banyak jugak income saya. Tapi malangnya, habis gitu je untungnya. Takde rekod, duit pun tak asingkan… huaaaa… sob..sob… Macam-macam saya buat untuk cari extra income ni. Jual barang online, jual barang terpakai, jual barang recycle, jual chicken chop, ambik upah baking, jual Shaklee. Pendek kata 1001 macam benda saya jual. Jadi tahun ni pun saya akan cari idea untuk berniaga jugak. Luv it. Saya suka bisnes. In sha Allah pengurusan untung dan modal akan lebih baik tahun 2016 nanti. (Sambut seruan Ahmad Maslan! Opppsss!!! He3)

Disiplin dengan budget yang dah dibuat

Saya dah buat budget saya untuk tahun 2016. Anda boleh rujuk di sini panduan untuk membuat budget terutamanya nubis macam saya. Semoga saya tabah, berdisiplin, komited dan tak tergoda dengan perkara-perkara yang tak perlu. Hi3….

Wahhh… dah panjang berjela azam 2016 saya. Ini yang saya kongsikan, yang peribadi pun banyak. Ha3… anda semua tolong doakan saya berjaya ye.

Saya juga teringin nak tahu azam 2016 anda semua. Boleh kongsi?

Share this:
0
Azam Tahun 2016
Tagged on:     

One thought on “Azam Tahun 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Blog ini bermanfaat? Kongsikan!