resepi apam balik cheese

Untuk penggemar apam balik, saya sarankan anda cuba resepi di bawah. Amat mudah untuk dibuat. Kos pun murah dan puas anda makan. Kalau apam balik yang dibeli, biasanya harga agak mahal, tapi kurang sedap sebab intinya sikit, dan kulitnya pulak tebal.

Kulit:
2 cwn tpg gandum
1/2 cwn gula
1 1/2 cwn air
1 biji telur
1 tsp baking soda
1 tsp baking powder

apam-balik-cheese-inti

Inti:
Kacang tanah
Gula
Jagung
Choc chip/ choc rice/ serbuk koko
Cheese parut
Butter

Campur semua bahan untuk kulit dalam blender. Blend sebati. Kemudian perap selama 1 jam. Lebih lama pun takpe.

Gunakan non-stick pan untuk masak. Tak perlu sapu butter. Tuangkan tepung tadi, ikut suka nak tebal mana. Kemudian letakkan inti ikut citarasa anda.  Bila dah perang kulit tu, lipat kulit. Angkat dan sapu butter di luarnya. Siap!!!! Senang kan?

Share this:
0
Apam Balik Coklat Cheese

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Blog ini bermanfaat? Kongsikan!