frugal_food_gifts_pancake_mix

Dengan situasi ekonomi sekarang yang semuanya serba serbi mahal, mungkin kita rasa seperti satu beban pulak bila nak kena bawa hadiah untuk majlis hari lahir, hari guru, atau apa-apa majlis lain seperti wedding ceremony. Faham kerana setiap orang ada kekangan kewangan masing-masing.

Jadi, saya nak kongsikan sedikit tips yang mungkin boleh membantu anda agar masih boleh memberi hadiah walaupun badget amat terhad.

1). Wujudkan himpunan hadiah.- maksudnya anda simpan barang-barang yang cantik yang anda mingkin tak perlukan seperti frame gambar, sabun wangi, lilin wangi, sedikit-sedikit. Dan lama-kelamaan koleksi itu akan makin bertambah menjadi banyak. Mungkin anda boleh simpan dalam kotak bagi mengelakkan habuk.

Koleksi-koleksi seperti ini, walau nampak simple tapi amat-amat membantu menjimatkan wang anda di samping mengelakkan anda menyediakan hadiah last minute! Sebagai contoh, pada hari guru anak anda nak beri hadiah pada guru-gurunya. jadi anda hanya perlu pilih saja hadiah yang sesuai dalam koleksi anda untuk dibawa oleh anak-anak anda.

Pastikan koleksi hadiah yang anda simpan tersebut variety. Sesuai untuk anak-anak sama ada lelaki, mahupun perempuan.

 

2). Beli hadiah semasa jualan gudang atau jualan penghabisan stok. Jualan-jualan seperti ini kadangkala menawarkan potongan harga sehingga 80%. Jika anda membeli pada ketika ini, anda boleh mendapat barang yang mahal sebagai hadiah pada harga yang murah.

Caranya, anda senaraikan senarai hadiah yang akan diberikan sepanjang tahun seperti hari ibu, hari bapa, birthday, wedding dsbnya. Jadi, anda miungkin boleh membeli mainan yang berharga RM30 pada harga serendah RM10 sahaja.  So, the important part here is to think ahead!

3). Berfikir secara generik. Katakan anda tahu anak anda meminati kartun Frozen. Jadi, jika ada sale barang-barang frozen pada harga yang beraptutan dan mengikut budget anda, just garb it!

Tapi, jangan pulak terlalu taksub. Anda boleh pelbagaikan barangan frozen tersebut. Sebagai contoh, gunakan frame gambar terpakai atau yang murah, edit gambar kartun frozen bersama gambar anak anda, dan print dan letakkan dalam frame. Wowww… pasti anak anda menyukainya dan akan menggantung gambar tersebut di bilik tidurnya.

4). Simpan stok kad ucapan dan pembalut hadiah. anda boleh recycle pembalut hadiah yang mungkin anda terima sebelum ini untuk kegunaan akan datang. Tapi, pastikan pembalut itu dalam keadaan yang masih baik. Trend sekarang, orang banyak gunakan gift bag. simpan beg-beg hadiah, riben-riben  yang anda dapat daripada orang lain. Recycle!

Untuk kad pula, anda boleh membeli kertas keras dan buat sendiri kad tersebut. atau jika anda nak beli juga, kad yang kecil  dan kosong didalamnya sudah memadai. Sebab anda juga tahu fakta ini: tiada penerima yang akan simpan kad anda bertahun-tahun lamanya!. Mereka hanya akan membuang kad tersebut. So, don’t waste your money. Tulis sendiri ucapan di dalam kad. Tak wajib ada puisi bercetak pun.

5). Masukkan hadiah dalam budget anda. Senaraikan hadiah yang anda nak beri sepanjang tahun dan kepada siapa nak diberi. Tentukan budget yang anda peruntukkan untuk setiap hadiah tersebut. Tak perlu banyak, sedikit pun dah cukup. Jika anda menyimpan wang dalam sistem sampul, sediakan satu sampul untuk hadiah & derma. Simpan sikit-sikit. Bila ada harga menarik untuk hadiah-hadiah tersebut, anda dah ada duit yang cukup untuk membeli.

Nasihat saya, tak perlu membazir. Contohnya anda beli bunga segar siap balut berharga RM90 untuk suami semasa hari lahirnya. apa kata, anda beli saja bunga tersebut berasingan, dan balut sendiri di rumah. Pasti lebih jimat!!!

Yang penting bukan nilai hadiah tersebut. Tetapi keikhlasan dan ingatan kita itulah yang paling mahal.

Harap tips ini membantu.

Apakah hadiah yang tidak melibatkan harga yang mahal yang pernah anda beri? Berapah kos yang terlibat?

Share this:
0
Nak beri hadiah, tapi budget terhad!!! Baca 5 tips ini.
Tagged on:

One thought on “Nak beri hadiah, tapi budget terhad!!! Baca 5 tips ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Blog ini bermanfaat? Kongsikan!