sistem sampul tunai

Terdapat banyak software atau bahan untuk membantu anda mengawal perbelanjaan harian. Sampul tunai merupakan perkara atau pendekatan asas dalam menguruskan wang. Mungkin ianya tidak sesuai untuk diaplikasikan dalam semua perkara, tetapi ianya sangat membantu dalam mengurus perbelanjaan harian anda!

Bagaimana nak guna sampul tunai?

Anda perlu menetapkan jumlah wang akan dimasukkan dalam sampul tersebut untuk satu tempoh masa tertentu. Sebagai contoh, untuk BARANGAN RUNCIT, anda masukkan RM100 untuk 1 minggu. Jadi, anda hanya boleh membelanjakan wang yang berada di dalam sampul tersebut sahaja dalam tempoh seminggu. Kalau dah habis RM100 digunakan, maka peruntukan barangan runcit tersebut habis!

sistem sampul tunai
Nampak mudah, tetapi impak terhadap pengurusan wang memang terbaik. Anda boleh nampak dengan jelas bagaimana jumlah wang untuk barangan runcit selama seminggu dibelanjakan.

Anda boleh menggunakan apa jua sampul yang ada. Tuliskan perkara, dan rekod pembelian anda. Masukkan resit jika ada ke dalam sampul tersebut. anda juga boleh membuat sampul tunai sendiri jika anda suka. Terdapat banyak template sampul tunai yang boleh didapati dari laman web untuk anda cetak secara percuma!. It’s fun..

Cash-Envelope-2-e1388088470503

Ingat! Sampul tunai ini tidak dapat menghalang anda berbelanja lebih sekalipun. Tetapi sekurang-kurangnya ia mampu meningkatkan kesedaran anda terhadap perbelanjaan sama ada anda sudah over budget atau sebaliknya.  Selain itu, anda juga dapat menunjukkan contoh pengurusan wang yang baik kepada anak-anak anda.

Sekiranya terdapat lebihan dalam perbelanjaan seperti yang telah ditetapkan, anda mungkin boleh menyimpan duit tersebut, atau masukkan dalam sampul REWARDS untuk beri ganjaran kepada diri atau ahli keluarga. Menarik bukan???

Cuba dan berdisiplin. In sha Allah, sangat2 berkesan dalam mengawal perbelanjaan anda sekeluarga!

 

Share this:
0
Kaedah sampul tunai membantu mengawal perbelanjaan anda
Tagged on:     

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Blog ini bermanfaat? Kongsikan!