tip ajar anak urus duit

Kanak-kanak sekarang, celik je mata dah senang lenang.Mereka tak tahu apa itu susah, bagaimana susahnya ibu bapa mencari sesuap nasi. Yang mereka tahu, bila mintak, nak ada je depan mata. Mereka tak faham nilai duit. Jadi, sebagai ibu bapa ajar anak-anak kita mengenai kewangan yang betul.  4 perkara berikut perlu kita ajarkan pada anak-anak kita sejak mereka kecil:

1). Bekerja. Jangan senang-senang je hulur duit pada anak jika mereka merengek meminta. Sebaliknya, anda boleh beri mereka duit komisyen sekiranya mereka melakukan sesuatu kerja yang positif. Sebagai contoh, mereka membantu anda mencucui kereta, menyiram pokok dan juga membuang sampah. Cara ini dapat mengajar mereka tentang satu fakta, bahawa duit tidak akan datang bergolek, sebaliknya perlu berusaha. Secara tidak langsung, kaedah ini membantu menerapkan mereka tentang disiplin dan etika kerja yang baik. Dan yang lebih penting, mereka tahu nilai duit!

2). Berbelanja. Bila dah mereka mendapat duit dari kita, ajar mereka untuk berbelanja dengan betul. Bukannya menghabiskan semua duit yang diterima dengan sekelip mata.Kita perlu mencari cara untuk membuatkan anak-anak faham betapa seronoknya berbelanja, tetapi pada masa yang sama tidak lupa untuk menyimpan atau membuat peruntukan untuk perkara-perkara lain. Biar mereka tahu perbezaan antara keperluan dan kehendak!

3) Menyimpan. Percayalah, jika kita tidak mengajar anak-anak kita menyimpan dari sekarang, mereka akan membesar sebagai orang yang gagal mengurus duit. Impaknya besar, kita pun tahu kan fakta bahawa ramai anak muda di Malaysia hari ini berada dalam tahap keberhutangan yang tinggi. Mulakan sejak mereka kecil, ajar mereka menabung sedikit demi sedikit. Buka akaun pelaburan seperti ASB dan Tabung Haji untuk mereka menyimpan.

4). Memberi/ bersedekah. Sebagai orang Islam, ini perkara yang sangat penting. Sebagai contoh, jika kita membawa mereka ke masjid, suruh nanak-anak kita masukkan duit dalam tabung masjid menggunakan duit mereka sendiri! Bukannya, kita hulur duit minta mereka tolong masukkan. Ajar mereka tentang kuasa dan ganjaran bersedekah. In sha Allah jika mereka telah terbiasa, mereka tidak akan ada sifat bakhil atau pentingkan diri.

Ok, 4 perkara di atas merupakan asas kepada pengurusan wang yang perlu diterapkan dalam diri anak-anak. Sesekali, duduk dan bercskap juga berbincang mengenai kewangan mereka. Semoga anak-anak kita dapat mengurus duit mereka dengan bijak kelak.

Share this:
0
Bagaimana mengajar anak-anak mengurus duit
Tagged on:             

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Blog ini bermanfaat? Kongsikan!